Featured Post

Sangat Sibuk?

Assalamualaikum... Apa khabar semua.. Usai perkara anak memohon kad pengenalan kemudian berjalan-jalan sebentar ke Alamanda mencari sepat...

Saturday, November 9

Sangat Sibuk?

Assalamualaikum...
Apa khabar semua..

Usai perkara anak memohon kad pengenalan kemudian berjalan-jalan sebentar ke Alamanda mencari sepatu untuk putera ke 2,dan puteri ke 2.
Alangkah seronok nya memiliki nya tanya mengetahui keberadaan ekonomi kami.
Hahahaha...apa lah yang sikecil ini tahu tentang masalah orang dewasa. Menjadi kanak-kanak sememangnya saat yang indah kita menjadi manusia.

Bata dan Mothercare menjadi pilihan saya untuk membeli sepatu untuk anak-anak saya.
Lantas selepas itu, penampakan McDonald’s di situ lalu puteri pertama saya meninginkan Vanilla Sundae,begitu juga anak-anak saya yang lain.

Cadangan nya selepas itu ingin ke Precint 15, tapi tidak kesampaian kerana si beliau yang kami ingin temukan tidak menginzinkan kondisi nya. Tak apa lah mungkin lain kali saja. Masih punya waktu dan tidak perlu tergesa-gesa ujar Encik Suami.

Bermula lah episod seterusnya minggu ini di mana anak-anak saya merintih,merayu,melonjak bahagia, perkelahian dan bermacam-macam kisah lagi sepanjang 5 hari ini.
Cuti sekolah pun semakin hampir dan saya merasakan bahang nya.

Hari ini sahaja, pelbagai urusan harua di laksanakan, putera sulung Pendaftaran sekolah baru, putera ke 2 juga begitu dengan peralihan persekitaran baru untuk tahun hadapan. Apa
Yang menarik hari ini ialah, penghawa dingin rumah kami mengalami kesukaran sehingga terpaksa membayar sejumlah wang ringgit untuk membaik pulih kondisi nya, setelah semalaman kami berpanas dalam beradu kami. Wow!...macam-macam yang terjadi tapi itu semua lah yang menjadikan hari saya lebih bernilai dan mencabar.

Monday, September 30

The Weekend with my Boy wish

Assalamualaikum...
Cerita minggu ni tentang...spendings time with family and balik rumah MIL(dah lama juga tak balik sebab my Elder son baru sahaja habis exams...(UPSR & PSRA) Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dia harapkan,InsyaAllah. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan Mumtaz...Amin

Baik, berbalik cerita spendings weekend..my beloved belanja dinner aka advance Birthday party for elder son and My special SIL... they both should celebrate it on October since my beloved not available so we all celebrate early as planned. Well everything went smooth and everyone happy with food and cake of course (Thank you so much SIL, you’re the best).

Next, Birthday boy and SIL blow the cancel...we all sing and wished happily.

Sunday...the day that my boy waited caused he wants for himself a Birthday present.
Kami semua stop for makan dulu since saya pun dah lapar juga...the fida kat FOOD REPUBLIC tidak mengecewakan dan harga agak berpatutan. Went to ONE U...masuk 3 kedai and finally my elder son dapat apa yang dia nak(dah lama mintak,selagi tak dapat bising sangat,dari awal tahun ni) Sian abah, pokai....bertambah pokai bila the rest his kids mintak habuan juga sebab tak puas hati their brother Shopping banyak.
It’s ok InsyaAllah rezeki you ada nanti especially when you spent for the kids. Ada jer rezeki budak2 tu nanti.

At the same time,saya tidak melepaskan peluang mencari sedikit barang utk my elder son. Alhamdulillah dapat juga barang yg dicari.
My beloved juga tidak buang masa dan grab juga offers stuff yang sangat attracted dia untuk mendapatkannya. Hahahhahha ...terjebak juga. Sekejap je duit melayang beratus-ratus... tapi muka masing-masing sangat berpuas hati..jangan pulak nanti ada yg tepuk dahi ...hehhehhe.

Agak lewat juga kami sampai ke rumah kami, anak2 semua dah lentok habis penat bermain dan berjalan.

Tapi yang ni paling kelakar ...sampai depan porch parkir,botol car wash Habis tumpah penuh lantai,botol pecah...barang2 berselerak angkara SALLY (family pet) lapar punya pasal habis berkecah semua. Mengamuk my beloved sebab liquid car wash dah lah mahal katanya...cuci kereta jarang sekali. Sayang rasa nak biarkan mcm tu atas lantai...jadi saya terus ke dapur capai senduk dan kaut balik semua liquid tu ke bekas yang diambil tadi. Dapat penuh satu bekas. Boleh digunakan semula sabun tu nanti.

Wahhhh...panjang juga cerita kali ni. Apa-apapun minggu ni sangat menarik hati saya untuk menulis dan berkongsi cerita dengan anda semua.

Sampai kita berjumpa lagi. Jaga diri.
Terima kasih kepada yang sudi singgah dan baca blog saya.

Friday, September 27

Assalamualaikum WBT..

Sudah lama rasanya tidak aktif blogging.Asalnya blog ni utk medium saya berniaga online akan tetapi saya tiada masa kerana kekangan waktu dan sibuk dgn hal keluarga. Seorang ibu memang sibuk menguruskan hal rumahtangga dan anak2x walaupun bekerja,berniaga atau surirumah dan sebagainya. Walaubagaimanapun cuba mencari waktu untuk diri sendiri melepaskan lelah atau utk diri sendiri.

Blog ini bukanlah semata-mata utk show off sendiri,suka-suki,perasan sendiri tetapi cuma ingin berkongsi rasa dan pengalaman sebagai manusia dimuka bumi ini.

Terlalu banyak yg ingin diluahkan disini tetapi masa terlalu cemburu utk meneruskan catitan saya ketika ini.

Saya akan kembali lagi...tdk lama lg...inipun curi masa sementara menunggu guest homestay yg sudah hampir 1 jam saya nanti kam  di lot parking apartment ini.


Sehingga bertemu lagi ...akan datang.
Jaga diri..
Assalamualaikum WBT.